Nuffnang Ads

Jumaat, 17 Ogos 2012

Perginya Ramadhan.... Datangnya Syawal...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah kita berada dipenghujung Ramadhan. Peluang yang datang hanya setahun sekali akhirnya berakhir. Diharapkan segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Amalan aku pun rasa masih belum sempurna. Banyak peluang yang aku lepaskan. Ku berharap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.
Kini Syawal kembali lagi. Hari untuk kita meraikan kejayaan kita di Ramadhan yang lalu. Tapi ada juga yang lalai meraikan nya bersama dengan penuh kemeriahan walaupun hakikatnya erti sebenar kemenangan itu belum dapat dirungkai. Aku? Hmmmm....
Hari Raya kali ni mungkin berbeza dengan yang sebelumnya. Tapi aku rasa sama saja yang lalu. Itulah sebabnya aku masih lagi belum merasai kemenangan kemanisan Ramadhan. Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dihari kemenangan. Sebab apa aku kata berbeza, sebab raya pertama aku terpaksa bekerja. Jadi nak tak nak aku kena kerja. Memang rasa tak seronok bila orang lain bergembira kunjungi sanak saudara, tapi aku disini terpaksa bekerja. Aku redha degan apa yang telah ditentukanNya. Mungkin ada kemenangan aku dikemudian hari. InsyaAllah. Lagipun sebelum ni aku tak bekerja. Hampir 3 tahun aku menganggur. Bila tiba hari raya, aku tak ada duit nak berbelanja. Beraya dengan penuh kedaifan. Mungkin inilah hakikat sebuah pengorbanan. Aku juga kena fikirkan mereka yang tak berkesempatan bergembira di hari raya. Mereka hidup dalam penuh kekurangan. Banyak iktibar yang perlu aku pelajari. Dalam kekurangan aku, masih ada lagi insan yang lebih menderita dari aku. Terpaksa berduka disaat kita bergembira. Terdetik hatiku untuk merubah cara hidupku sendir agar menjadi lebih baik, lebih berilmu, beriman dan bertaqwa. 
Fuhh!!! Inilah dugaan yang terpaksa aku tempuhi. Kerja di hari raya. Sebelum ni pun aku pernah bekerja di hari raya. Mungkin sebab itu aku tak mrasai sangat nikmat sebenar hari raya. Hari raya kali ni aku beraya sorang-sorang ditempat kerja. Komitmen kerja kena juga aku buat demi mencari rezeki yang halal. Belum masanya lagi untuk aku bergembira. Nasib baik lah aku takder aweq lagi. Yang ada pun dah lam pergi. Tak tahan nak hidup dengan orang seperti aku yang takder komitmen nak berqouple. Apatah lagi nak dijadikan isteri. Namun terdetik juga dalam hatiku untuk bercinta. Agar ada yang sudi berkongsi kasih dan sayang susah dan senang bersama. Apa pun Allah dah tentukan perjalanan hidupku ini. Hanya kekuatan jiwa yang mampu untuk mengubahnya agar menjadi insan yang lebih baik.
Ok lah. Setakat ini coretan aku kali ni. Selamat tinggal Ramadhan, Selamat datang Syawal. Ku berharap kehadiran Syawal kali ni menjadi lebih bermakna. InsyaAllah.
 Selamat bertemu kembali dilain hari nanti.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahun ni mgkin aidilfitri yg lebih brmakna brbanding thn2 lps. Bersyukurla walaupon anda trpksa bekerja di hari raya kerana ade org yg x pnah dpt peluang mcm 2. cth nye mcm aku ni. bila raya je kene cuti. nak gak rs cmne kene krja time raya tp x pnh dpt pluang 2 n rsnye mgkin xkan dpt kott huhu..
    SELAMAT HARI RAYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sebab ada yang sudi komen blog aku ni. Ada gak yang sudi baca. Apapun keje time raya memang tak seronok tapi bila dah lama-lama, seriously raya pun tak terasa. Hargailah cuti yang kita ada. Bukan senang nak dapat cuti, berkumpul sanak saudara, kawan2. Selamat bercuti kawan dan selamat memulakan tugas nanti. Selamat Hari Raya :)

      Padam