Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Disember 2011

Akhirnya 2011....

Assalamualaikum salam dunia. Sedar tak sedar kita dah pun menganjak ke akhir tahun. Esok dah bermula tahun baru masihi lagi. Dan setiap kali menjelangnya tahun baru, maka ramailah yang pasang azam baru. Padahal azam baru tu pun adalah kesinambungan axam-azam yang terdahulu yang masih belum tertunai.(macam aku). Azam aku? Azam ku adalah melunaskan azam ku yang terdahulu. Masih banyak kekurangan dalam diri untuk dunia dan akhirat. Tapi sebagai seorang muslim kita ni banyak sangat berazam untuk tahun masihi tapi tidak untuk tahun hijrah. Kenapa ek? Mungkin tahun hijrah pun korang tak ingat tarkhnya(macam aku jugak)hermmmm...

2011... Memang banyak la kenangan pahit manis kehidupan sepanjang wtahun ni. Suka duka di lalui tanpa kita sedari. Masa berlalu cukup pantas sampai kita tak sempat untuk bernafas. Baik dan buruk telah kita lalui. Kehidupan dan kematian telah kita lihat. Pelbagai ragam telah kita jejaki. Fuhh..! Apa pun 2011 akan meninggalkan kita tak lama lagi namun udaranya tetap masih sama kita sedut.

Aku berharap pengakhiran ini akan jadi satu titik tolak satu permulaan baru. Akan jadi satu perubahan yang lebih baik dan meyakinkan. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk kehidupan yang mendatang. Aku akan cuba kurangkan dosa yang pernah aku lakukan malah tak akan ulanginya lagi. Perit kehidupan ku lalu.

Ok lah. Aku pun tak nak bebel panjang lagi. Coretan aku sampai sini. Jumpa lagi tahun depan yang tinggal beberapa jam saja lagi k. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya.

Aku undur dulu.

Assalamualaikum jumpa lagi 2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 29 Disember 2011

sekian lama...

Alhamdulillah. Wow! Diam tak diam dah sampai hujung tahun. Sekejap mssa berlalu. Mula lah azam baru. Tapi azam tahun ni pun belum lagi tertunai.(azam yang dulu-dulu pun tak tertunai lagi.. Perghhh!)

Dah lama aku tak update blog aku ni. Sebab tak banyak cerita yang menarik nak aku kongsikan. Hidup aku ni pun tak la menarik mana pun. Statik sangat. Umur pun dah makin meningkat tapi life aku tetap macam dulu. No interactive in my life. My life so suck but i'm thankfull to Allah b'coz gave me a chances to make a choices through this life.. Alhamdulillah.

2012 orang kata penghujung dunia. Wallahualam. Allah jua Maha Mengetahui. Apa pun 2012 tahun kebangkitan perubahan hidup aku. Banyak perkara yang ingin aku lakukan ingin aku miliki. Ini satu permulaan. Aku berharap ada perubahan dalam hidup aku. Doa menjadi senjataku. Harapan jadi semangatku.

Apa pun aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Selagi di izinkan aku bernafas lagi, aku ingin teruskan jua perjuangan hidup dan harapan ku. Walaupun aku tidak lagi di alam percintaan namun ku berharap cintaku kepada Allah dan Rasulullah tak kan pudar. Hidup diteruskan. Terima kasih kapada mereka yang sudi menemani aku (kalau ada ler)

2012... Welcome a new hope. InsyaAllah. Jumpa lagi update yang akan datang. Chow! Assalamualaikum.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 21 April 2011

MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa [Official Video Clip].mp4

Daulat Tuanku

 Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
Wah! macam baguz je bunyi nyer kan. Biasa ler kan. semangat jati diri kene ler diterapkan. Kitakan orang Malaysia.
Pada malam Isnin yg lalu aku pi lepak sorang-sorang kat Lembah Kuala Kangsar sana tu ha.. Aku pun takder kawan yg nak aku ajak keluar. Lebih-lebih lagi aweq sebab aku dah takder aweq. Saja nak tgk ragam manusia bila tiba ada pesta keraian. Lagipun aku nk mengubat hatiku yg lara ni. perghh... syahdu ler pulak. Memang seronok gak la tgk ramai orang turun datang beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak. Lagi pun kat Kuale ni pun tak banyak pesta yg dibuat. Ni la masa nya rakyat Kuala Kangsar dan sekitarnya nk bergembira. 
 Memang meriah malam tu. Walaupun hujan turun lebat sebelum acara bermula, tapi rata-rata ramai yg tak berganjak. Alhamdulillah, hujan berhenti bila acara pun bermula atau lebih tepat lagi bila ketibaan Tuanku di dataran, tempat acara di adakan. Tapi yg paling aku kagumi, Tuanku datang dengan menaiki bas. Memang aku terasa cukup bangga bila Tuanku datang dengan menaiki bas. Belum pernah aku lihat seorang Sultan datang ke sesuatu majlis dengan menaiki kenderaan awam bersama tetamu kehormat yg lain. Kebiasannya orang kenamaan lebih lagi seorang Sultan datang dengan menaiki kenderaan mewah. Bas yg dinaikinya bukanlah bas yg besar dan mewah. Tetapi hanyalah bas yg dipinjamkan dari sebuah kolej di sini. Kolej tersebut patut berbangga dengan pencapaian ini. Seorang Sultan menaiki kenderaan awam. 
Disini aku selitkan beberapa gambar yg aku ambil ketika Baginda hendak berangkat pulang. Maaf lah kualiti gambar tak begitu menarik sebab aku ambil menggunakan kamera HP SE K800 je. So kualiti lemah ler yer.. 
Malam tu telah diadakan pesta panjut dan bot berhias serta bpertunjukan bunga api. Memang teruja gak la malam tu. Tapi panjut yg digunakan bukanlah panjut pelita minyak tanah yg dahulu digunakan. Tapi telah digantikan dengan lampu. Sebab tahu-tahu ler kan. Malam je hujan. Lagipun lampu ni lebih bertahan lama dan boleh di dekoret? dengan pelbagai rupa. Bila hujan pun tak kan terpadam.
So... itu jer ler yg nak aku kongsikan apa yg dah berlaku untuk minggu ni. Hatiku masih kosong namun ada sedikit keceriaan untuk aku minggu ni. Aku harap aku tak lagi bersendirian kat dunia ni sebab nanti pasti kita akan bersendirian di alam yg lain. Aku chow dulu.
DAULAT TUANKU












Khamis, 31 Mac 2011

Bosan.. Bosan.. Bosan

Assalamualaikum.
Kali ni aku malas nak tulis pape. Dah lama aku tak menaip sebab aku takder idea buat masa ni. Aku tengah concentrate ( betoi ke ejaan aku ni?) hehehe..... nak buat GangStreetz aku ni. Harap takder yg cilok idea aku ni. Aku harap berjaya.
OK aku chow dulu. Di masa lain nanti aku tulis pe yg patut. Tunggu kemunculan GangStreetz aku nanti. Tak gempak tapi boleh lah di layan.
Assalamualaikum....

Isnin, 21 Februari 2011

Cer citer....

Assalamualaikum....
Wah! Aku tak mau citer panjang lebor sebab aku tau korang pun dah tgk citer bro Mamat Khalid ni. Penangan dia pd kali ni memang mengena. Tahniah.
Kenapa aku nk buat review citer ni? Walhal dah lama keluar pun. Dah abis pun. Cuma kt Astro je masih lg ditayangkan (belum lg yg cetak rompak lg tu)
Sebenarnya aku belum lg berkesempatan tgk citer ni. Memang nk sgt tgk betapa kelakor nye citer ni. Walaupun orang lain anggap citer ni merapu je tapi aku anggap ni lah citer yg menggambarkan betapa majmuknye negara kita dgn pelbagai elemen tempatan yg buatkn kita semua gelak ketawa. Walaupun aku belum tgk, tp bila tgk previewnya buatkan aku rasa ni lah karya terbaik Bro Mamat. Lagipun citer ni buat kt tempat lahir aku kt Kuala Kangsor. Tak ke bangga teman gitu.
Apa pendapat korang tentang citer ni? Cer citer... cer citer.... Wah! dari dialog gitu. Tapi dgn dialog yg simple tu lah buatkan citer ni bertambah menarik. Tak payah nk buat ayat-ayat skema, penuh puitis. Lagipun, ia menggambarkan ciri-ciri tempatan yg sentiasa melekat di hati. Memang citer ni penuh keseraman komedi. Pandai bro mainkan sentimen perasan setiap orang.
Walaupun bro Mamat Khalid dah banyak hasilkan filem, tp kebanyakan nya gagal mencapai tahap 'kotak pejabat'. Sebab apa? Sebab orang masih belum mengenali bro Mamat dgn lebih dekat. Semua filem nya kira bagus. Penuh mesej dan pesanan. Kadang-kadang ada jugak terselit kata-kata sinis dan pedas dgn cara yg mudah. Tapi sayang. Tak ramai orang ambil iktibar. Malah menganggap semua citer tu merapu. Tak ada komersial dan value.
Tapi kali ni, walaupun merapu jugak, HKLBR telah beri satu dimensi baru pd karya beliau. Malah mencatatkan kutipan tertinggi bagi filem melayu kita. Walaupun mengenengahkan watak hantu dlm citer ni, tapi mesej yg nak disampaikan cukup menebal. Sapa yg makan cili, pandai-pandai la terasanya yer.. Unsur-unsur pun  nasihat memang ada. Jangan la kita asyik nk cari kesalahan orang tapi diri sendiri tak pandai pulak nak ukur kan. So, gitulah citer HKLBR ni. Terpulang lah pada kita yg tengoknya. Pandai-pandai la kita ambil iktibar dan nasihat dlm citer ni atau hanya tengok sekadar untuk bergelak ketawa.Tepuk dada, rasalah sakit ke tak. Aku kt sini pun kadang-kadang terasa gak tempiasnya.
HKLBR.....
Citer yg penuh suspens dan komedi. Dan di khabarkan akan ada sekual citer ni yg kini sedang menjalani pengambaran kt Perak (kt tempat teman lg tu) Glamor orang Kuale gitu. Bagus jugak citer-citer macam ni. Menaikkan jenama satu-satu tempat. So, orang luar boleh tau setiap tutur kata dan resam masyarakat tempatan. Sampaikan setiap dialog boleh dihafal. Jadi kelakor pulak rasanya. Sama-sama lah kita nengoknye nt yer.. Harap lepas ni bertambah kelakor hendaknye yer. Elemen tempatan memang mengena.
Ok lah. Aku tak nak citer panjang lg sebab aku tahu korang dah pun tgk HKLBR ni. Dah meletup pun. Kita tunggu aje lah sambungan citer ni nt. Apapun yg baik kita jadikan teladan. Yg buruk, kita fikir-fikirlah untuk mengubahnya. Semoga rezeki kita bertambah berkat.
Jom kita layan sikit citer HKLBR ni sambil kita layan video klip awie, Cinta Kristal. MEMANCOOORRR...

sole sole hantu kak limah

Video Clip HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH - Cinta Kristal

Selasa, 15 Februari 2011

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan

Salam Mauldur Rasul

Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Hari ni hari kita menyambut sambutan kelahiran Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk menyambut tarikh keramat ini. Rasul yg kita sayangi dan kasihi ini. Walaupun Baginda telah lama wafat meninggalkan kita semua namun, al Quran dan Sunnah Baginda menjadi satu wasiat yg penting yg ditinggalkan untuk kita umat Baginda yg di kasihi.
Namun berapa ramai kah kita yg mengingati hari kelahiran Baginda? Berapa ramai kah yg mengingati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syariat Islam ini? Kenalkah kita dengan Baginda Rasulullah?
Aku tahu masih ramai kita semua yg masih lg tak mengenali Rasul Junjungan kita ini. Terutama nya generasi muda zaman ini yg masih ramai lg jauh mengenali Rasulullah. Ramai yg mengingati tarikh hari ini tapi masih ada lg yg bertanya apa yg berlaku pd hari ini? Apa yg mereka tahu, mereka lihat ramai orang berarak, memakai pakaian yg indah sambil membawa sepanduk sambil berselawat memuji Baginda. Namun apa yg mereka lihat tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Malah ada yg tidak mahu mengambil peduli apa yg sedang berlaku. Apa yg penting bg mereka adalah hiburan yg melekakan dan melalaikan.
Aku...? Aku bukan lah seorang alim ulamak yg pandai berhujah dalam agama ni. Aku pun masih lg terkial-kial dalam membentuk sahsiah diriku ni. Kadang-kadang hidup aku ni pun terbabas dalam duniawi ini. Aku bukan lah pandai bersyarah dalam hal agama ni tapi terdetik jua dalam hati aku ingin berubah agar aku tidak jauh terpesong. Sememangnya hiburan yg berlebihan membuatkan kita semua lalai dalam tanggungjawab kita terhadap suruhanNYA. Harap aku tidak tergolong dalam mereka yg jauh terpesong dari akidah.
Setiap kali tiba hari yg istimewa ni, terdetk dalam hatiku rasa sayu dan hiba kerana tak mengenali Rasulullah dengan lebih dekat. Banyak sunah Rasul yg tak dapat aku ikuti walaupun kadang-kadang aku ingin jua mengikuti setiap langkah Baginda. Namun masih banyak lagi liku-liku hidup yg terpaksa aku tempuh selagi Allah mengizinkan aku untuk aku terus bernafas di atas muka bumi ini. Sesungguhnya kita bersyukur kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan yg sementara ini. Dikesempatan ini aku berharap dapat mengenali dan menyayangi Rasulullah lebih dari segala yg ada.
Berselawat lah kita ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat Baginda. Harap pada hari ini kita dapat mengenali Rasulullah dengan lebih dekat lag. Wapaupun kita tak pernah melihat wajah Rasulullah, tapi Sunnah yg ditinggalkan Baginda untuk kita menjadi pegangan, untuk dibawa ke akhirat nanti. Sama-sama lah kita menghayati kehidupan dan perjuangan Rasulullah.
Di sini aku noktahkan catatan ku. Aku pun tak pandai sangat nak berbicara panjang lebar tentang perjuangan Rasulullah. Takut nanti aku memutarbelitkan fakta yg sebenar. Aku takut balasan dari yang Maha Esa. Jika tak tahu, kita bertanya. Jangan sampai kita sesat jauh dari kebenaran.
Marilah kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah dengan rasa penuh kesyukuran.
Ku akhiri dengan Assalamualaikum......

Langkah ku....

Apa Khabar semua?
Kita berjumpa lagi pada sapa-sapa yg membaca blog aku ni. maklum ler. Blog tak glamour yg aku bikin ni sekadar suka-suka aje dengan ayat tunggang langgang nye. Bahasa jangan cakap la. Memang orang-orang Dewan tak approve tukisan aku ni. Tapi ape pun ni cara aku layan diri. tak nak menyusahkan sapa-sapa. Kepada sapa-sapa yg rasa tak selesa & terasa tu, aku mintak maaf banyak-banyak. Maklum ler. Kita ni semua manusia biaserrr. Tak kan kot makhluk halus kan.
Aku ni tak ler glamor mana pun. Sekolah pun takat SPM je. Nak belajar tinggi-tinggi rasa gayat plak. Cam tak bleh blah je dulu. Wah! Ayat aku memang kelas la. Sorry k. Aku nak rasa suasana lebih santai & selesa bila membacanya. Kalau aku tulis dalam bahasa baku, nanti jadi skema plak. Aku bukannya ahli politik pun mahupun ahli sarjana bermadah puitis. Perghh....!(tu sebab aku belajo takat SPM je)
Aku nak stop jap. Aku tak mandi pagi lagi ni. Nanti aku continue plak. Macam-macam benda aku nak citer kat sini. Sama ada korang suka o tak terpulang k. Aku harap kita enjoy.
...........
......Aku kembali. Baru segar sikit badan aku ni. Biasa la aku ni kalau mandi pagi, mesti kena gosok gigi. Hehehehe....
Sambil aku layan blog ni, aku layan tv gak. Kadang-kadang tengok tv cukup membosankan. Channel bukan main banyak. Tapi citer macam ape je. Tak boleh blah. Kadang-kadang aku tak faham aper la citer yang diorang buat ni. Belum lagi citer kat Astro lagi tu. Citer banyak tapi berulang aje. Sampai naik menyampah aku tengoknyer. Malah dah bileh hafal setiap jalan citernye. Jangan kata aku, korang yang kat luar sana pun sama gak macam aku kan. Tapi aku bukan lah nak memburukkan apa yang dah di buat diorang tu semua. Lagi pun ia sekadar hiburan semata-mata. Baik buruk terpulang pada diri masing-masing. Layan aje la kan.
pe pandangan korang tentang channel tv ni? Ape yang baik buruknyer semua channel ni. Bukan ape. Aku nak kita semua berkongsi citer dan pendapat. Aku tengok kat paper, lamanweb. facebook, blog dll, macam-macam komen yang aku baca. Ada positif, ada yang negatifnyer. Biaser la orang kita. Kalau bab merungut memang cepat. Yang bagi ucapan penghargaan, boleh lah dibilang dengan jari. Seperti yang aku kata kan tadi. Tv ni memang ader baik buruknyer, Terpulang pada korang untuk menilainyer. Takder tv pun terasa dunia ni sunyi sepi plak kan. So fikir-fikir kan lah. Benda yang di cipta pasti ader reason nyer kan. Tv ni kan penghibur hati di kala kesunyian. Penyedap mata, penglipur lara.
Ok lah. Aku stop kat sini dulu. Banyak lagi citer yang nak aku kongsikan. Aku minta maaf kalau bicara aku ni tak best langsung. Tak membuka minda plak rasanyer.Ape pun ni citer dari AKU. Ni baru permulaan aje. Masih banyak perkara yang aku nak kongsikan. Harap takder yang tersinggung plak yer. Aku pun insan yang ader buat kesalahan. Assalamualaikum.....
Salam dari AKU

Sabtu, 12 Februari 2011

Anuar Zain - Ku berjanji Kerna Cinta (Lirik)

Cerita Dari AKU.....

Assalamualaikum semua....
Salam dari aku yg korang tak kenali pun. Aku pun tak kenal korang sgt. Tapi tu bukan alasan untuk aku mencari seberapa ramai rakan dari seluruh dunia ni. Tak kira apa bangsa, keturunan. agama, negara, fahaman politik, aku tak kisah. Janji aku dapat berkongsi citer dgn korang semua diluar sana. Apa pun ni hanyalah permulaan. Mungkin ader banyak lagi kelemahan dlm blog aku ni. So tolong la war-war kan kpd semua dan tolonglah ingatkan aku segala kesilapan dan salah tutur kata aku yg mungkin akan menyinggung sesetengah pihak.
Di sini aku bermula dgn langkah yg agak sumbang, Aku sebenarnya takder idea langsung tuk aku citerkan kat sini. Aku pun tak faham kenapa aku cipta blog ni. Aku bukan lah glamor mane pun. Jauh sekali la aku ni artis ke,ahli politik ke, mahupun jutawan yg popular. Kalau jutawan sekalipun, tak kan lah nak glamor kt laman blog ni kan. Aku buat ni pun sekadar suka-sika. nak cari lebih ramai kenalan yg aku tak kenal. Kalau kenal pun, mungkin diorang dah tak kenal pun kan. Seperti yg aku kata kn td yg aku ni tak glamor.
GLAMOR atau POPULAR
Sebut pasal glamor ni. aku nak tau, korang ni glamor ke? Ke perasan yg korang ni glamor. Apa yg menyebabkn korang ni glamor. Korang artis ke? Ahli politik yg lantang bersuara ke? Anak raja ke? Ke korang glamor di sebabkan korang ader melakukan kesalahan yg membuatkan korang jd glamor. Biase lah orang kita ni lebih suka cari kesalahan orang dari memperbetulkan nyer. Apa yg glamornyer? Ataupun popularnyer? Muka korang cantik? kacak? Tubuh badan yg menawan? Harta yg menimbun? Suara korang yg merdu gitu? Ape yg menyebabkan seseorang tu jd glamor? Kadang-kadang ade gak bila menang sesuatu, terus jd glamor. Tapi glamor tu pun tak kekal lama. Biase la kan. Banyak benda baru akan muncul. So yg lame di pinggirkan.
Seronok ke jd glamor ni? Suka dikejar orang ke sana ke mari sampai takder privasi. Semua cerita nk di keluarkan. Sampai naik meluat plak aku rasakan. Rasa macam dah takder kebebasan untuk bergerak. Apa yg dilakukan, diperhatikan. Silap sikit jd buah mulut orang. Kalau perkara baik takper la gak. Tapi kalau perkara buruk macam mana plak? Tak ke malu nanti segala keaiban diri terbongkar. Mungkin glamor tu dah diletakkan di salah tempat. Bila aku tengok kt TV, banyak citer-citer yg membabitkan keglamoran artis. Tak kira la artis tempatan mahupun antarabangsa. Kadang-kadang sampai ader yg menunjuk-nunjuk diri masing-masing. Saje nk cari glamor. Meluat aku. Lagi glamor, lagi lah orang akan ikut.
Apa pun baik buruk terpulang la pada diri masing-masing. Aku pun tak nak ler citer lebih-lebih plak. Bukan nak cari glamor pun. Hahaha.....
Ok lah. Takat ni dulu aku stop. Nanti makin mengarut plak aku taip ni. Nanti ape korang kata plak. "Syok sendiri. Nak glamor ler tu". Apa pun aku ucapkan terima kasih sebab ader yg sudi baca luahan aku ni sikit. nanti aku upload lg topik-topik yg lain. Korang kalau ader citer-citer yg panas n glamor, blehlah join sekali k. Opss! Sorry la ayat aku ni tonggang langgang sikit. Ayat pun tak ikut cara Dewan....Takut plak kene saman. Hehehehe... Sebab aku nak berbicara dengan lebih santai n relax. Nak hilangkan kekusutan dlm kepala otak dan kesuyian dlm hati aku ni. Enjoy yo!