Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Disember 2011

Akhirnya 2011....

Assalamualaikum salam dunia. Sedar tak sedar kita dah pun menganjak ke akhir tahun. Esok dah bermula tahun baru masihi lagi. Dan setiap kali menjelangnya tahun baru, maka ramailah yang pasang azam baru. Padahal azam baru tu pun adalah kesinambungan axam-azam yang terdahulu yang masih belum tertunai.(macam aku). Azam aku? Azam ku adalah melunaskan azam ku yang terdahulu. Masih banyak kekurangan dalam diri untuk dunia dan akhirat. Tapi sebagai seorang muslim kita ni banyak sangat berazam untuk tahun masihi tapi tidak untuk tahun hijrah. Kenapa ek? Mungkin tahun hijrah pun korang tak ingat tarkhnya(macam aku jugak)hermmmm...

2011... Memang banyak la kenangan pahit manis kehidupan sepanjang wtahun ni. Suka duka di lalui tanpa kita sedari. Masa berlalu cukup pantas sampai kita tak sempat untuk bernafas. Baik dan buruk telah kita lalui. Kehidupan dan kematian telah kita lihat. Pelbagai ragam telah kita jejaki. Fuhh..! Apa pun 2011 akan meninggalkan kita tak lama lagi namun udaranya tetap masih sama kita sedut.

Aku berharap pengakhiran ini akan jadi satu titik tolak satu permulaan baru. Akan jadi satu perubahan yang lebih baik dan meyakinkan. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk kehidupan yang mendatang. Aku akan cuba kurangkan dosa yang pernah aku lakukan malah tak akan ulanginya lagi. Perit kehidupan ku lalu.

Ok lah. Aku pun tak nak bebel panjang lagi. Coretan aku sampai sini. Jumpa lagi tahun depan yang tinggal beberapa jam saja lagi k. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya.

Aku undur dulu.

Assalamualaikum jumpa lagi 2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 29 Disember 2011

sekian lama...

Alhamdulillah. Wow! Diam tak diam dah sampai hujung tahun. Sekejap mssa berlalu. Mula lah azam baru. Tapi azam tahun ni pun belum lagi tertunai.(azam yang dulu-dulu pun tak tertunai lagi.. Perghhh!)

Dah lama aku tak update blog aku ni. Sebab tak banyak cerita yang menarik nak aku kongsikan. Hidup aku ni pun tak la menarik mana pun. Statik sangat. Umur pun dah makin meningkat tapi life aku tetap macam dulu. No interactive in my life. My life so suck but i'm thankfull to Allah b'coz gave me a chances to make a choices through this life.. Alhamdulillah.

2012 orang kata penghujung dunia. Wallahualam. Allah jua Maha Mengetahui. Apa pun 2012 tahun kebangkitan perubahan hidup aku. Banyak perkara yang ingin aku lakukan ingin aku miliki. Ini satu permulaan. Aku berharap ada perubahan dalam hidup aku. Doa menjadi senjataku. Harapan jadi semangatku.

Apa pun aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Selagi di izinkan aku bernafas lagi, aku ingin teruskan jua perjuangan hidup dan harapan ku. Walaupun aku tidak lagi di alam percintaan namun ku berharap cintaku kepada Allah dan Rasulullah tak kan pudar. Hidup diteruskan. Terima kasih kapada mereka yang sudi menemani aku (kalau ada ler)

2012... Welcome a new hope. InsyaAllah. Jumpa lagi update yang akan datang. Chow! Assalamualaikum.


Published with Blogger-droid v2.0.2