Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Disember 2011

Akhirnya 2011....

Assalamualaikum salam dunia. Sedar tak sedar kita dah pun menganjak ke akhir tahun. Esok dah bermula tahun baru masihi lagi. Dan setiap kali menjelangnya tahun baru, maka ramailah yang pasang azam baru. Padahal azam baru tu pun adalah kesinambungan axam-azam yang terdahulu yang masih belum tertunai.(macam aku). Azam aku? Azam ku adalah melunaskan azam ku yang terdahulu. Masih banyak kekurangan dalam diri untuk dunia dan akhirat. Tapi sebagai seorang muslim kita ni banyak sangat berazam untuk tahun masihi tapi tidak untuk tahun hijrah. Kenapa ek? Mungkin tahun hijrah pun korang tak ingat tarkhnya(macam aku jugak)hermmmm...

2011... Memang banyak la kenangan pahit manis kehidupan sepanjang wtahun ni. Suka duka di lalui tanpa kita sedari. Masa berlalu cukup pantas sampai kita tak sempat untuk bernafas. Baik dan buruk telah kita lalui. Kehidupan dan kematian telah kita lihat. Pelbagai ragam telah kita jejaki. Fuhh..! Apa pun 2011 akan meninggalkan kita tak lama lagi namun udaranya tetap masih sama kita sedut.

Aku berharap pengakhiran ini akan jadi satu titik tolak satu permulaan baru. Akan jadi satu perubahan yang lebih baik dan meyakinkan. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk kehidupan yang mendatang. Aku akan cuba kurangkan dosa yang pernah aku lakukan malah tak akan ulanginya lagi. Perit kehidupan ku lalu.

Ok lah. Aku pun tak nak bebel panjang lagi. Coretan aku sampai sini. Jumpa lagi tahun depan yang tinggal beberapa jam saja lagi k. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya.

Aku undur dulu.

Assalamualaikum jumpa lagi 2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan