Nuffnang Ads

Selasa, 24 Januari 2012

Bertemu.....

Assalamualaikum salam 1 Malaysia semua salam dunia..i
Worait! Aku ni tak la pandai sangat nak karang ayat. Lebih-lebih lagi ayat-ayat jiwang karat. Zaman tu dah berlalu. Umur aku pun dah taraf warga belia.
Story aku tak banyak malah aku tak dapat nak ambik gambar malam tu. Pada 22hb Januari yang lalu, tanpa ada perancangan aku bertemu semula dengan kawan-kawan sekolah aku dulu. Havoc giler malam tu. Dah lama tak bersua tiba-tiba aje malam tu ajak aku turun town lepak-lepak dengan member sekolah dulu. Perghhh.... Macam-macam cerita keluar. Maklum ler dah lama tak berkumpul bertemu. Tapi tak ramai la yang dapat jumpa. Masih belum cukum forum nak bikin reunion kelas balik. Sebabnya jumpa pun secara tiba-tiba. Sebab ada yang diorang tu balik bercuti. Tapi alhamdulillah walaupun tak ramai tapi bila dapat bersembang macam tempat tu kita orang yang punya. HAHAHA......
Aku dapat berjumpa semula ngn Salimi aka raban, Ijai, Kutex, Ras, Pacat. Raja & beberapa lagi orang yang bukan dari kelas kitorang. Kita orang bertemu dekat kedai makan Yus kat Lembah Sungai Perak Kuala Kangsar. Macam-macam cerita yang keluar. Kdang-kadang tu kelako penuh gelak ketawa bila cerita kisah zaman sekolah dulu. Kawan-kawan aku pun dah yang berkahwin malah dah ader anak pun. Aku....? masih lagi bujang malah tak nampak pun macam sebaya ngn diorang. HAHAHA.....
Tapi sayang aku tak dapat nak ambik gambar sebagai bukti dan kenangan sebab terlampau asyik bercerita sambil ketawa. Memang happening la malam tu  Dari pukul sepuluh sampai ler hampir pukul dua. Bukan selalu kitorang dapat jumpa. Yang dekat ngn aku pun jarang sangat dapat jumpa sebab masing-masing dah bekerja & berkeluarga.
Agaknya bila lagi la dapat berkumpul lagi macam tu. Kalau boleh bikin reunion kelas. Cari balik budak-budak kelas dulu. Cari satu tarikh & berkumpul ramai-ramai. Dah lebih sepuluh tahun tak bertemu ngn kawan-kawan kelas dulu.
Ok la aku stop dulu. Aku nak bikin design page aku ni lebih baik. masih lagi tercari-cari rentak nak kasi lebih menarik & interaktif. Hey! aku designer k.
Worait chow dulu.....
Assalamualaikum

Sabtu, 7 Januari 2012

Masa Berlalu...

Assalamualaikum. Salam 2012. Sedar tak sedar dah seminggu berlalu. Cepat masa datang. Sampai tak sempat nak bernafas. Tiba-tiba saja banyak perkara yang datang malah ada jugak datang tanpa diundang. Banyak lagi benda yang aku tak buat lagi. Tapi dah seminggu pergi. Memang kita berada di akhir zaman.

Apa yang dah aku buat dalam seminggu ni? Macam takder pape lagi yang aku buat. Macam tak mulakan pape pun. Rasa macam dah bergerak tapi kenapa tak berganjak? Pape pun aku ada gak buat sesuatu sedikit demi sedikit. Aku buat mana yang termampu. Aku nak kerja sebaik mungkin. Nak gak bercouple balik tapi.... Aku postponed dulu la. Aku nak baiki ekonomi diri dulu. Banyak benda banyak perkara yang aky nak buat.

Perghhhh.... Hidup kena diteruskan. Selagi ada hayat selagi tu aku kena cuba buat sesuatu yang baru. Tak nak statik macam dulu.

Ok la! Setakat ni dulu. Lain minggu lain bulan kita story lagi k.

Assalamualaikum di izin berundur dulu.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Isnin, 2 Januari 2012

Kenangan Yang Berlalu.....

Assalamualaikum.  Ya.. Da pun masuk tahun 2012. Aku pun sebenarnya saja suka-suka nak blog kat sini. Bukan apa teringat kenangan sebelum ni. So aku try letak beberapa picture yang aku suka. Kesemua picture ni adalah bersama sepupu sepapat aku. Gembira bersama.

Aku chow dulu. Saja menyibukkan diri disini. Salam...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Ahad, 1 Januari 2012

Salam...2012

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Dunia yang uzur...

Alhmdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk menikmatinya seketika. Sana sini bunga api berkembang. Tapi aku duduk sendirian. Namun aku bersyukur dapat lagi diberi. Kenikmatan duniawi dan untuk aku terus beribadat kepadaNya. Jangan lupa kita masih lagi berhutang padaNya.

Apa pun aku tak mahu bicara panjang lagi. Moh kita enjoy dulu sebab lepas ni banyak perkara yang perlu dilakukan. Kita enjoy dulu...

Salam Tahun Baru Malaysia.

Salam untuk dunia.

Assalamualaikum


Published with Blogger-droid v2.0.2