Nuffnang Ads

Khamis, 21 April 2011

MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa [Official Video Clip].mp4

Daulat Tuanku

 Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
Wah! macam baguz je bunyi nyer kan. Biasa ler kan. semangat jati diri kene ler diterapkan. Kitakan orang Malaysia.
Pada malam Isnin yg lalu aku pi lepak sorang-sorang kat Lembah Kuala Kangsar sana tu ha.. Aku pun takder kawan yg nak aku ajak keluar. Lebih-lebih lagi aweq sebab aku dah takder aweq. Saja nak tgk ragam manusia bila tiba ada pesta keraian. Lagipun aku nk mengubat hatiku yg lara ni. perghh... syahdu ler pulak. Memang seronok gak la tgk ramai orang turun datang beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak. Lagi pun kat Kuale ni pun tak banyak pesta yg dibuat. Ni la masa nya rakyat Kuala Kangsar dan sekitarnya nk bergembira. 
 Memang meriah malam tu. Walaupun hujan turun lebat sebelum acara bermula, tapi rata-rata ramai yg tak berganjak. Alhamdulillah, hujan berhenti bila acara pun bermula atau lebih tepat lagi bila ketibaan Tuanku di dataran, tempat acara di adakan. Tapi yg paling aku kagumi, Tuanku datang dengan menaiki bas. Memang aku terasa cukup bangga bila Tuanku datang dengan menaiki bas. Belum pernah aku lihat seorang Sultan datang ke sesuatu majlis dengan menaiki kenderaan awam bersama tetamu kehormat yg lain. Kebiasannya orang kenamaan lebih lagi seorang Sultan datang dengan menaiki kenderaan mewah. Bas yg dinaikinya bukanlah bas yg besar dan mewah. Tetapi hanyalah bas yg dipinjamkan dari sebuah kolej di sini. Kolej tersebut patut berbangga dengan pencapaian ini. Seorang Sultan menaiki kenderaan awam. 
Disini aku selitkan beberapa gambar yg aku ambil ketika Baginda hendak berangkat pulang. Maaf lah kualiti gambar tak begitu menarik sebab aku ambil menggunakan kamera HP SE K800 je. So kualiti lemah ler yer.. 
Malam tu telah diadakan pesta panjut dan bot berhias serta bpertunjukan bunga api. Memang teruja gak la malam tu. Tapi panjut yg digunakan bukanlah panjut pelita minyak tanah yg dahulu digunakan. Tapi telah digantikan dengan lampu. Sebab tahu-tahu ler kan. Malam je hujan. Lagipun lampu ni lebih bertahan lama dan boleh di dekoret? dengan pelbagai rupa. Bila hujan pun tak kan terpadam.
So... itu jer ler yg nak aku kongsikan apa yg dah berlaku untuk minggu ni. Hatiku masih kosong namun ada sedikit keceriaan untuk aku minggu ni. Aku harap aku tak lagi bersendirian kat dunia ni sebab nanti pasti kita akan bersendirian di alam yg lain. Aku chow dulu.
DAULAT TUANKU