Nuffnang Ads

Khamis, 30 Ogos 2012

Langkah 55


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan kita untuk kali yang ke 55. Usia yang dah menganjak lebih setengah abad namun masih terasa negaraku ini masih muda dan terus bergerak kedepan seiring dengan arus masa yang semakin pantas.
Alhamdulillah. Negaraku masih lagi bernafas mengikut arus dunia yang makin mencabar. Namun dengan izinNYA dan ketabahan serta keikhlasan dalam hadapi semua ini, pemimpin dan rakyat seiring membangun demi melihat keamanan terus berkekalan. Tapi mampukah kita kekalkan keamanan ini agar berterusan sampai akhir hayat?
Walaupun sudah 55tahun boleh dikira sudah mematangkan sesebuah negara, mampukah kita mematangkan rakyatnya? Kita hidup dalam pelbagai kaum. Pelbagai ragam dapat kita lihat dari muda ke tua, dari kecil hingga dewasa, lelaki mahupun wanita. Masih ada lagi rakyat yang tak mematangkan diri mereka dalam merencanakan kehidupan ini. Masih lagi berlagak dengan apa yang mereka miliki. Aku pun tak tahu apa yang mereka mahukan lagi. Tak cukup lagikah dengan apa yang mereka kecapi?
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hari ini. Jika tak dapat, kita mampu untuk bertatih perlahan untuk miliki sesuatu. Bukan kah kita bermula dari bawah? Kita manusia tak kan terus berlari bila dilahirkan. Perlahan-lahan lah kita kecapi nikmat yang telah Tuhan kurniakan.

Aku tak mampu nak berkata panjang. Penat pulak aku nak menaip ni. Nak bercerita pasal sejarah, berapa kerat sangat lah budak-budak nak ingat pasal sejarah dulu. Sememangnya subjek sejarah bukanlah subjek pendidikan yang disukai walaupun perjalanan hidup kita ni telah dicatatkan tanpa kita sedari. Aku minat dengan subjek sejarah walaupun nak ingat setiap fakta, tarikh, tempat dan individu cukup payah. Alhamdulillah aku lulus gak dalam exam dulu. 
Nak bercerita pasal kemerdekaan ni pun aku ingat berapa kerat sangat lah yang sudi nak bacanya. Tiap-tiap hari di TV, radio, internet bercerita pasal sejarah negara. Tak payah lah aku nak ulang tayang balik macam siaran astro pulak kan. Buat penat aku nak menaipnya. Apapun hargailah dengan apa yang kita kecapi. Syukurilah pemberian Tuhan atas segala limpah kurniaanNya. Redha dengan setiap musibah yang melanda. Berterima kasihlah pada kerajaan yang ada masa kini. Jangan sesekali kita dijajah semula tanpa kita sedari. Mungkin bukan dari luaran. Mungkin kita sedang dijajah dari dalam diri kita sendiri. Jangan terlalu taksub untuk memenuhi tuntutan nafsu diri. Merdekakan jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan. InsyaAllah kita akan jadi insan dan rakyat yang berjaya. "Marilah Menuju Kejayaan"
Salam Kemerdekaan ke 55 Malaysiaku. 
Apapun slogan yang digunakan. Malaysia tetap Tanah Tumpah Darahku.
Assalamualaikum
MERDEKA.....MERDEKA.....MERDEKA.....


Khamis, 23 Ogos 2012

Masa Berlalu

          Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah. Cepat masa berlalu. Tup-tup dah seminggu kita berhari raya. Yang pulang ke kampung ada yang dah kembali ke kota untuk menyambung kembali tugasan. Dan ada yang masih lagi bercuti panjang sehingga hujung minggu ini. Seronok kan dapat pulang ke kampunga dapat bersama sanak saudara, dapat berkumpul beramai-ramai? Cerita lah sedikit pengalaman korang berhari raya di kampung (ada ke?)
Hakikatnya pejam celik saja masa kita berlalu begitu saja. Sehari bagaikan tidak cukup untuk kita melakukan banyak aktiviti. Lebih-lebih lagi kerja yang bertangguh. Lagi banyak bertangguh, lagi sempit waktu kita rasakan. Sepertimana bila kita beraya dirumah sanak saudara, bagaikan tak cukup waktu untuk pergi ke semua rumah sampaikan ada yang datang bertandang sehingga lewat malam. Memang rasa tak sopan datang ke rumah orang sehingga lewat malam. Bila mana tuan rumah ingin berehat dah tidur kerana seharian melayan tetamu. Namun demi menghormati tetamu, terpaksalah melayan juga karenah (lebih-lebih lagi bila ada budak-budak) Tunggang langgang la jadinya. Tapi apa boleh buat. Setahun sekali aje lah kita nak rasa kemeriahan seperti ini. Tapi diharapkan janganlah ada lagi tetamu yang datang sehingga lewat malam. Tolong lah hormati tuan rumah. Bukan untuk menghalau tapi saling hormat menghormati. Barulah Hari Raya lebih bermakna. Rayakan sebulan.....
Aku Hari Raya kali ni memang tak kemana. Hari Raya pun dah kena kerja. Baju raya pun dah lama tak buat mahupun beli. Seingat aku dah 5 ke 6 kali raya aku pakai baju melayu yang sama. Memang tak terasa betul aku bila tiba hari raya. Hmmmm.... Aku harap tahun depan punya raya (InsyaAllah jika panjang umur) ada lah perubahan kat diri aku ni agar menjadi lebih baik dan lebih menyinar. Tak la statik setiap tahun. Kot-kot ada lah perubahan yang lebih ketara pada diri aku ni. Mungkin aku dah ada  aweq ke tak pun terus kahwin je. Barulah betul-betul berubah. Hahaha.... ada ke yang sudi kat aku yang sengkek ni? 
Ok lah setakat ni jelah. Nanti membuang masa korang plak baca karangan aku yang tak seberapa ni. Minggu depan dah kita nak sambut hari Kemerdekaan ke 55. Cuti lagi. Best betul jadi bebudok kan? Minggu depan aku cerita lagi. Mungkin bab hari Kemerdekaan pula. 
Jom kita enjoy!
 Assalamualaikum

Jumaat, 17 Ogos 2012

Perginya Ramadhan.... Datangnya Syawal...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah kita berada dipenghujung Ramadhan. Peluang yang datang hanya setahun sekali akhirnya berakhir. Diharapkan segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Amalan aku pun rasa masih belum sempurna. Banyak peluang yang aku lepaskan. Ku berharap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.
Kini Syawal kembali lagi. Hari untuk kita meraikan kejayaan kita di Ramadhan yang lalu. Tapi ada juga yang lalai meraikan nya bersama dengan penuh kemeriahan walaupun hakikatnya erti sebenar kemenangan itu belum dapat dirungkai. Aku? Hmmmm....
Hari Raya kali ni mungkin berbeza dengan yang sebelumnya. Tapi aku rasa sama saja yang lalu. Itulah sebabnya aku masih lagi belum merasai kemenangan kemanisan Ramadhan. Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dihari kemenangan. Sebab apa aku kata berbeza, sebab raya pertama aku terpaksa bekerja. Jadi nak tak nak aku kena kerja. Memang rasa tak seronok bila orang lain bergembira kunjungi sanak saudara, tapi aku disini terpaksa bekerja. Aku redha degan apa yang telah ditentukanNya. Mungkin ada kemenangan aku dikemudian hari. InsyaAllah. Lagipun sebelum ni aku tak bekerja. Hampir 3 tahun aku menganggur. Bila tiba hari raya, aku tak ada duit nak berbelanja. Beraya dengan penuh kedaifan. Mungkin inilah hakikat sebuah pengorbanan. Aku juga kena fikirkan mereka yang tak berkesempatan bergembira di hari raya. Mereka hidup dalam penuh kekurangan. Banyak iktibar yang perlu aku pelajari. Dalam kekurangan aku, masih ada lagi insan yang lebih menderita dari aku. Terpaksa berduka disaat kita bergembira. Terdetik hatiku untuk merubah cara hidupku sendir agar menjadi lebih baik, lebih berilmu, beriman dan bertaqwa. 
Fuhh!!! Inilah dugaan yang terpaksa aku tempuhi. Kerja di hari raya. Sebelum ni pun aku pernah bekerja di hari raya. Mungkin sebab itu aku tak mrasai sangat nikmat sebenar hari raya. Hari raya kali ni aku beraya sorang-sorang ditempat kerja. Komitmen kerja kena juga aku buat demi mencari rezeki yang halal. Belum masanya lagi untuk aku bergembira. Nasib baik lah aku takder aweq lagi. Yang ada pun dah lam pergi. Tak tahan nak hidup dengan orang seperti aku yang takder komitmen nak berqouple. Apatah lagi nak dijadikan isteri. Namun terdetik juga dalam hatiku untuk bercinta. Agar ada yang sudi berkongsi kasih dan sayang susah dan senang bersama. Apa pun Allah dah tentukan perjalanan hidupku ini. Hanya kekuatan jiwa yang mampu untuk mengubahnya agar menjadi insan yang lebih baik.
Ok lah. Setakat ini coretan aku kali ni. Selamat tinggal Ramadhan, Selamat datang Syawal. Ku berharap kehadiran Syawal kali ni menjadi lebih bermakna. InsyaAllah.
 Selamat bertemu kembali dilain hari nanti.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rabu, 15 Ogos 2012

1100D... Suka-suka

Assalamualaikum Salam Sejahtera.
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan tinggalkan bulan barakkah ni. Sayu pula hati ni nak ucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Tapi perjalanan Ramadhan ku kali ni tak secantik yang ku harapkan. Masih banyak lagi aku tertinggal tak dapat nak merebut keberkatan bulan ini. Ku berharapp dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah
Sebenarnya aku bukanlah nak coret pasal Ramadhan ni. Aku dah pun citer serba sikit pasal Ramadhan ni. Apa yang aku nak citerkan adalah pasal aku baru aje memiliki kamera baru jenama Canon 1100D awal Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah. Walaupun kamera ni tak lah sehebat 60D, 650D dan sealirannya, namun aku bersyukur dapat jugak aku miliki kamera DSLR dengan duit hasil titik peluh ku sendiri walaupun terpaksa ambil masa untuk aku kumpulkan duit. Banyak rintangan sebelum aku dapat miliki kamera ni.
Dah lama aku ingin nak beli kamera DSLR ni. tapi masalah kewangan membelenggu aku selama ni. Maklum la sebelum ni aku adalah penganggur yang berjaya. Asyik bertukar kerja. Sampaikan simpanan aku pun habis. Teruk betul aku pada masa dulu. Harap aku tak mengulanginya lagi.
Ok lah cakap banyak pun tak guna, tendang pun tak kena, aku lampirkan sikit apa yang aku dah buat dengan kamera aku tu. Aku pun nak juga asah skill photography aku yang dah lama terpendam. Aku nak buat apa yang dah aku pelajari dulu.(harap tak berkarat la otak aku ni). Buat permulaan aku ambil gambar sekitar Bandar diRaja Perak Kuala Kangsar(my hometown). Tapi tak banyak la. Sekadar untuk practising camera dulu dari jauh. InsyaAllah lepas raya ni aku akan ambil gambar yang lebih menarik sekitar Royal Town ni dari sudut perspektif aku. Aku harap aku mampu buat yang terbaik. Enjoy!

Ini adalah gambar micro pertama aku. Cuba dapatkan zooming terbaik untuk fokus pada bunga sebagai subject fokus



Gambar-gambar di atas adalah gambar Istana Iskandariah. Masih lagi cuba untuk dapatkan view yang terbaik tapi kengkangan lens yang terhad hanya dari jauh je yang aku dapat (lens 18-55mm) just basic lens.

Ini adalah Istana Kuning. Juga dikenali sebagai Istana Lembah (ada juga nama lain istana ni). Tapi la ni dah jadi Muzium DiRaja. Waktu ni muzium tutup. Tak dapat aku nak masuk lebih dekat. Sekadar ambil gambar dari luar pagar je. Memang unik dan cantik. Aku akan dapatkan view yang lebih menarik lagi nanti.




Dan yang terakhir, gambar Masjid yang terkenal ( memang korang kenal lah) Masjid Ubudiah. Masjid ni memang cukup cantik dari segi senibina nya dan view. Walaupun dari jauh nampak besar tapi ruangan dalaman nya kecil saja. Hanya boleh menampung seramai 200-300 jemaah saja. Apapun masjid ni jadi pelopor kepada senibina masjid-masjid di Malaysia la ni. 2 gambar lagi adalah Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan Sayong di seberang sungai Perak dan gambar air pancut di tengah bandar Diraja ni.
Tapi agak kurang memberangsangkan setiap gambar yang aku ambil. Pada waktu ni jerebu kuat melanda. Agak kurang menarik cuaca pada waktu itu. Harap lepas ni cuaca bertambah baik.
Worait! Lepas ni aku nak try ambil gambar modeling. Ada sapa-sapa yang sudi jadi model aku? hehehe...
Assalamualaikum. 

Isnin, 13 Ogos 2012

Conteng-Conteng

 JULIANA EVANS

 NEELOFA

TIZ ZAQYAH

YUNA

ADELINE TSEN

ASMIDAR

LIYANA JASMAY

MILA

NAJWA LATIF

RAFIDAH

SARI YANTI

SHIHA

Apa khabar untuk sekalian kalinya. Kali ni aku tempelkan beberapa koleksi yang telah aku design. Nampak simple je. Aku tak nak kusut2 sangat. Ada yang nampak menarik ada juga yang tidak. Aku buat apa yang aku suka. Masih banyak lagi yang aku belajar. Tu yang ada yang menarik dan tidak. Apa pun aku akan cuba lagi dan perbaiki skill design aku. (Bebudok skolah pun boleh bikin beb.)
Alright! Lepas ni after Raya aku akan bikin lagi lebih banyak design artis dalam dan luar negara. Aku akan buat agar menjadi lebih menarik. Nak tengok lebih lagi, boleh tengok di page facebook aku @RidzoneInfinityDesignZONE ataupun @LoveNder Ridzone. Banyak yang aku create & design untuk kawan2 FB aku. Ada yang suka ada yang tak. Aku tak kisah pun. Sebab aku buat apa yang aku suka.
bye

Ahad, 12 Ogos 2012

Corat-Coret Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kali ini.
Alhamdulillah kita dah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Namun diharap dapat dihabiskan dengan sempurna dan dapat bertemu kembali di ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.
Maaflah sebab agak lambat juga aku postkan new entry blog aku ni. Dah nak habis puasa baru nak coretkan. Tapi agak lama jugak aku diamkan diri nak cari sesuatu yang baru namun masih lagi terkial-kial nak jadikan blog aku ni lebih menarik. Maaflah kot ada yang sudi nak baca (ada ke???)
Diam tak diam dah nak raya. Mood puasa aku pun kali ni sama saja seperti dahulu. Aku masih lagi tercari-cari erti ramadhan yang sebenar. Aku masih lagi cuba dekatkan diri kepada Allah. Aku ingin kuat beribadat namun banyak betul halangannya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan halangan yang diterima oleh Rasullullah SAW, memang jauh sangat erti pengorbanan tu. Aku masih lagi tak mampu nak mengikuti jejak perjuangan Rasullullah SAW. Penderitaan Rasullullah mungkin tak mampu nak ditanggung oleh aku. Aku berharap dapat ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh Rasullullah SAW. InsyaAllah.
Ramadhan ku kali ni masih lagi sama seperti dahulu. Aku masih lagi terasa kehilangan sesuatu. Tapi aku tak tahu apa itu. Jiwa aku masih lagi kosong. Hatiku masih lagi terasa berat. Aku masih lagi menjadi insan yang gagal. Kepada Allah jua tempat aku mengadu walaupun ku tahu aku kadang-kadang terlupa padaNya. Astaghfirullahalazim.
Aku berharap aku sentiasa dapat mengingatinya selalu. Sentiasa menyebut namaNya. Dijauhkan dari segala seksaanNya. Walaupun ku tahu aku memang insan yang sangat lemah. Ku berharap Ramadhan kali ini penuh makna walaupun amal ibadatku masih lagi jauh ketinggalan. Aku masih lagi tak dapat merebut keberkatan yang Allah berikan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Cukuplah kali ini aku coretkan. Memang banyak benda yang aku nak tuliskan tapi masa tak mengizinkan. Kalau dipanjangkan umur aku akan coretkan lagi untuk edisi Raya nanti. InsyaAllah. Kita bertemu lagi.
Salam Ramadhan dari aku untuk kamu semua.
Assalamualaikum.