Nuffnang Ads

Ahad, 12 Ogos 2012

Corat-Coret Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kali ini.
Alhamdulillah kita dah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Namun diharap dapat dihabiskan dengan sempurna dan dapat bertemu kembali di ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.
Maaflah sebab agak lambat juga aku postkan new entry blog aku ni. Dah nak habis puasa baru nak coretkan. Tapi agak lama jugak aku diamkan diri nak cari sesuatu yang baru namun masih lagi terkial-kial nak jadikan blog aku ni lebih menarik. Maaflah kot ada yang sudi nak baca (ada ke???)
Diam tak diam dah nak raya. Mood puasa aku pun kali ni sama saja seperti dahulu. Aku masih lagi tercari-cari erti ramadhan yang sebenar. Aku masih lagi cuba dekatkan diri kepada Allah. Aku ingin kuat beribadat namun banyak betul halangannya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan halangan yang diterima oleh Rasullullah SAW, memang jauh sangat erti pengorbanan tu. Aku masih lagi tak mampu nak mengikuti jejak perjuangan Rasullullah SAW. Penderitaan Rasullullah mungkin tak mampu nak ditanggung oleh aku. Aku berharap dapat ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh Rasullullah SAW. InsyaAllah.
Ramadhan ku kali ni masih lagi sama seperti dahulu. Aku masih lagi terasa kehilangan sesuatu. Tapi aku tak tahu apa itu. Jiwa aku masih lagi kosong. Hatiku masih lagi terasa berat. Aku masih lagi menjadi insan yang gagal. Kepada Allah jua tempat aku mengadu walaupun ku tahu aku kadang-kadang terlupa padaNya. Astaghfirullahalazim.
Aku berharap aku sentiasa dapat mengingatinya selalu. Sentiasa menyebut namaNya. Dijauhkan dari segala seksaanNya. Walaupun ku tahu aku memang insan yang sangat lemah. Ku berharap Ramadhan kali ini penuh makna walaupun amal ibadatku masih lagi jauh ketinggalan. Aku masih lagi tak dapat merebut keberkatan yang Allah berikan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Cukuplah kali ini aku coretkan. Memang banyak benda yang aku nak tuliskan tapi masa tak mengizinkan. Kalau dipanjangkan umur aku akan coretkan lagi untuk edisi Raya nanti. InsyaAllah. Kita bertemu lagi.
Salam Ramadhan dari aku untuk kamu semua.
Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan