Nuffnang Ads

Isnin, 27 Februari 2012

31st

Assalamualaikum dan salam dunia..
Hari ni genaplah sudah umurku 31. Hmmmm.... Makin hari semakin meningkat usia. Keupayaan diri pun semakin terbatas. Banyak benda yang aku nak buat namun masa semakin mencemburui diriku ini. Semamangnya aku menyesal dengan apa yang telah berlaku ke atas aku sepanjang 30 tahun yang lalu. Banyak benda yang aku inginkan tapi tak banyak yang aku perolehi. Banyak benda, banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Aku pun tak tahu di mana diri aku diletakkan. Namun ini lah Qada dan Qadar yang telah di tentukan. Baik atau buruk sekali pun terpaksa jua aku tempuhi, aku terima. Terima lah segala hakikat yang pernah aku lalui. Jangan kita salahkan takdir kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Bukanlah hakiki yang abadi.
Aku kena lalui pahit maung, manis kehidupan duniawi ini. Selagi ada keizinan dariNya, selagi itu aku kena tempuhi dengan penuh rasa tabah dan penuh dengan keimanan dalam jiwa. Walaupun aku tahu banyak jalanku yang terpesong mengikut rona-rona kehidupan duniawi ni. Aku lalai dalam diriku seorang khalifah. Aku lalai menjadi seorang hamba yang taat pada yang SATU. Itulah hakikat yang terpaksa aku tanggung, aku pikul untuk hadapi hari Keramat yang akan mendatang tanpa kita semua jangka.
Apa pun anjakan 31 ini aku akan teruskan berusaha untuk merubah kehidupan ku ini agar menjadi lebih baik, lebih sempurna. Aku harap aku tak akan lalai untuk terus beribadat kepadaNya. Doa adalah senjata orang-orang mukmin. Aku akan terus berdoa dan akan terus berusaha agar aku menjadi yang terbaik dunia dan akhirat. InsyaAllah.....
Lastly....... Selamat Hari Kelahiran Mohamad Ridzuan bin Razali. Kejadian yang patut disyukuri setiap masa. Terima kasih.
Salam Sayang untuk semua.....

Khamis, 23 Februari 2012

Genap 20

Assalamualaikum salam dunia. Semalam genap sudah 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Aku kat sini tak nak la cerita panjang lebar tentang arwah ni. Sebab dah banyak cerita tentang arwah Sudir ni.
Aku memang minat dekat arwah Sudir. Terutama sekali lagu-lagu sentimentalnya yang memang menyentuh abar kalbu. Terutama sekali lagu-lagu seperti Salam Terakhir, Merisik Khabar, Apa Khabar Orang Kampung dan lain-lain lagi. Sememangnya arwah Sudir sukar di cari ganti.
Al Fatihah buat Sudirman Hj Arshad..

Sabtu, 18 Februari 2012

Layan Kepala.....

Assalamualaikum dan selamat malam ataupun da check in pagi pun. A new day yeah! Entry aku kali ni tak ada apa-apa pun. sekadar nak berkongsi cerita. Hari ni aku keluar pergi Ipoh jap. Saja dah lama aku tak pusing-pusing sana. Perubahan? ada lah sikit perubahan yang aku tengok. Makin rancak.
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tergerak nak pergi Ipoh. Dalam perancangan hujung bulan ni. Tapi inilah diriku. Tiada perancangan rapi so aku terus gerak pergi. Lepas saja balik dari kerja malam aku, terus aku mandi siap terus keluar balik. Memang itulah perangai aku sejak dari dulu. Dulu pun pernah sekali (dah banyak kali pun) aku buat macam ni. Masa dulu tanpa perancangan aku boleh blah pergi ke Penang. Memang aku gila sikit time tu. Tak ada niat pun aku nak pergi Penang. Macam siang tadi jugak lah. Lepas balik kerja siap mandi capai motor terus blah pergi Penang. Tup-tup dah sampai. Aku rasa macam dalam khayalan je tapi hakikatnya tu lah realiti hidup. Tapi masa tu ada somebody kat sana. So ada jugak matlamat aku pergi Penang. Cuma yang tak disangka aku boleh sampai Penang hanya menaiki motorsikal. Itulah 1st time aku bawa motor jauh dari rumahku. Somebody yang ada kat Penang masa tu pun terkejut bila tahu aku dah sampai kat depan dia. Masa tu somebody tu study kat USM. Dan 1st time jugak lah aku masuk ke USM tanpa segan silu. Dah macam student aku masa tu. Kelakar siot.
Aku pergi Penang naik motor pun ada lah dalam 3/4 kali kot. Last tahun 2009. Terigin juga aku nak buat macam tu lagi. Cuma sekarang ni aku tak ada motor. Jauh sekali la kereta.
Hari  ni aku pergi Ipoh naik bas. Dah lama tak naik bas. Rileks tapi kena banyak buang masa. Sebab kena tunggu bas. Paling bosan dalam hidup. Sampai kat Ipoh, aku jalan kaki dari Medan Kidd ke Ipoh Parade. Percaya tak korang? Tapi itulah hakikatnya. Dulu pun aku pernah jalan kaki. Dan siang tadi aku buat perkara yang sama. Bayangkan betapa jauh dan terpaksa menempuh menyeberang jalan yang sesak tapi bagi aku dah biasa. Bersenam beb! Bukan aku tak nak naik bas atau teksi tapi aku cukup selesa berjalan kaki walaupun penat dan berpeluh. Jimat juga duit aku. Hehehe.... Lagipun dapat gak aku tengok sekeliling dengan lebih detail. Tak perlu nak fikir ssangat pasal minyak, tol, parking, jem.... Walaupun memercik peluh satu badan. Aku tak kisah. Lagipun dah lama aku tak keluarkan peluh sejak aku berkerja ni. Badan pun jadi malas sangat. Dah lama tak bersenam. Bayangkan berjalan ditengah bandaraya yang sesak sambil cuaca memang sangat mencabar panasnya. Fuhh... Aku tak kisah. Sampai Ipoh Parade sejuk sikit. Lepak-lepak tengok gelagat orang sambil tu window shopping. Seriusly memang dah lama aku tak buat macam ni. Ini lah life aku. Aku keluar seorang diri. Tak ada teman tak ada kawan. Memang aku suka keluar sorang-sorang. Tak suka nak ikut gelagat orang lain tak suka orang ikut gelagat aku. Aku buat apa yang aku suka. Tak lah aku menyusahkan orang lain. Aku lebih rela menyusahkan diri aku sendiri.
Ok lah aku stop di sini dulu. Cerita aku ni pun tak lah best mana pun. Sekadar layan kepala aje kot ada yang nak berkongsi dengan orang lain yang sudi baca entry aku ni. Tapi aku rasa memang tak ada pun yang baca. Kalau ada mesti ada komen yang aku dapat.... Blog aku ni pun tak la menarik mana pun. Tak ada istimewa pun blog aku ni pun. Sekadar layan kepala aku je.
Izinkan aku berundur. Jumpa lagi. Assalamualaikum

Khamis, 16 Februari 2012

Assalamualaikum Selamat malam kepada semua. Alhamdulillah aku dah pun buat beberapa perubahan dalam blog aku ni. Aku pun ada tambah sikit mungkin banyak la kot entry aku ni.
Aku buat sikit demi sikit. Tengok dan cilok sikit-sikit blog orang lain mana yang aku rasa aku nak selitkan dalam blog aku ni. Aku tak pandai tapi aku belajar mana yang aku tak tau. Tapi masih banyak lagi aku kena belajar lagi. Aku tak mahu ketinggalan jauh setiap peredaran zaman ni. Aku tahu aku kena bersaing dengan budak-budak muda sekarang ni. Namun aku akan pastikan aku mampu buat yang terbaik dalam hidup aku.
Aku minat sangat dengan grafik ni. Macam yang aku katakan dalam entry sebelum ni yang aku minat grafik design dan fotografi. Namun masih banyak kengkangan yang harus aku hadapi. Dari segi masa dan kewangan. Kalau boleh aku nak jadikan ia satu bentuk bisnes walaupunaku tak tau urs takbir dalam perniagaan. Kalau aku betul-betul buat, InsyaAllah aku pasti berjaya. Cuma yang aku perlukan adalah semangat dan sokongan dari sekeliling. Orang lain boleh berjaya kenapa tidak aku kan? Aku nak berjaya dalam bidang yang aku ceburi ni. Aku minat aku kena buat.
Apa pun blog aku ni still lagi dalam peringkat beginner. Aku bukan lah pandai sangat tapi aku nak belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Blog ni pun jadi medan untuk aku luahkan sedikit perasaan yang aku ingin kongsi bersama. Aku tau yang blog aku ni tak ramai yang tau dan tak ramai yang baca. Tapi sekurang-kurangnya aku luahkan kat sini dengan cara aku sendiri. Dan aku berharap ada yang sudi membaca dan memberi komen serta cadangan dalam blog aku ni.
Blog aku ni berkisar tentang Seni dan Rekaan. Harap ada yang sudi berminat dan beri pendapat. Mungkin ada yang tak suka apa yang ada dalam blog aku ni. dengan apa yang aku luahkan ni. Tapi aku harap aku dapat cari kenalan baru. Tak kira muda atau tua. Yang seusia dengan aku mahupun yang masih muda ataupun yang dah jauh umurnya dari aku. Ada aku kesah! Janji aku dapat kenalan baru
Ok la! Aku pun tak la pandai nak bersembang panjang. Yang aku tau mereka dan mencipta sesuatu yang baru bagi diri aku sendiri. Harap ada sesuatu yang baru dapat aku rekakan demi kepuasan aku sendiri mahupun kepuasan kamu semua. Aku pun tak sempurna mana.
Worait aku undur diri dulu buat seketika. Jika ada umur panjang kita borak lagi di sini (kot ada yang sudi). Aku akhiri dengan Assalamualaikum dan selamat malam.

Rabu, 15 Februari 2012

Olimpik DABUS 2012

Alhamdulillah. Aku baru saja selesai edit design logo ni. Aku makin suka gengan apa yang aku buat ni. Macam lawa plak aku buat ni. Hehehe.... puji diri sendiri. Lagi pu  tak ada sapa nak puji pun. Aku pun tak la nak minta dipuji. Benda ni kan subjektif.
Makin hari makin teruja pulak aku nak buat kerja-kerja grafik ni. Lagi pun  memang aku minat sangat-sangat. Sebelum ni pun aku pernah menjejakkan kaki ke menara gading tapi sayang cita-cita ku tak tercapai. Biarkan ia berlalu. Kini aku bersemangat baru. Aku buat apa yang aku suka. Aku kena belajar dari bawah balik. Aku kena selongkar apa yang pernah aku belajar dulu walaupun tak habis. Aku minat aku buat.
So untuk tahun ni aku tumpukan untuk buat kerja-kerja grafik untuk DABUS FamilyDay 2012 ni. Aku juga di tugaskan untuk jadi fotografi walaupun aku tak ada kamera. Tapi InsyaAllah kalau ada rezeki memang tahun ni aku nak sambar kamera DSLR. Dah lama aku ingin miliki tapi masih tak kesampaian. Aku nak jadi seorang pereka grafik dan jurufoto yang berjaya walaupun bukan profesional.
Worait kita bertemu lagi dalam segmen yang lain ok.
Assalamualaikum.

Selasa, 14 Februari 2012

Ini adalah logo rasmi Dabus Family. Dabus? Ia adalah gabungan 2 family yang rapat iaitu dari Keluarga Daud dan Keluarga Abu. Rekaan logo ini telah di reka oleh my cousin Faizul Azmin yang jauh di Jordan sana.
Yang ini pula adalah logo yang telah di edit oleh aku tapi aku rasa kena edit lagi. Terutama perkataan group. Dah macam sebuah syarikat plak. Nak ubah kepada perkataan Keluarga. Worait!

Tshirt 4 Dabus Family 2012

Ini adalah design tshirt untuk Family Day DABUS 2012. Banyak design yang aku bikin tp rasanya inilah design terakhir dan insyaAllah akan dilaksanakan bila sudah ader  persetujuan mutlak. Nampak simple dan murah. Aku akan cuba lagi design untuk tshirt2 yang akan datang. Yang akan lebih baik dan kreatif.