Nuffnang Ads

Isnin, 27 Februari 2012

31st

Assalamualaikum dan salam dunia..
Hari ni genaplah sudah umurku 31. Hmmmm.... Makin hari semakin meningkat usia. Keupayaan diri pun semakin terbatas. Banyak benda yang aku nak buat namun masa semakin mencemburui diriku ini. Semamangnya aku menyesal dengan apa yang telah berlaku ke atas aku sepanjang 30 tahun yang lalu. Banyak benda yang aku inginkan tapi tak banyak yang aku perolehi. Banyak benda, banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Aku pun tak tahu di mana diri aku diletakkan. Namun ini lah Qada dan Qadar yang telah di tentukan. Baik atau buruk sekali pun terpaksa jua aku tempuhi, aku terima. Terima lah segala hakikat yang pernah aku lalui. Jangan kita salahkan takdir kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Bukanlah hakiki yang abadi.
Aku kena lalui pahit maung, manis kehidupan duniawi ini. Selagi ada keizinan dariNya, selagi itu aku kena tempuhi dengan penuh rasa tabah dan penuh dengan keimanan dalam jiwa. Walaupun aku tahu banyak jalanku yang terpesong mengikut rona-rona kehidupan duniawi ni. Aku lalai dalam diriku seorang khalifah. Aku lalai menjadi seorang hamba yang taat pada yang SATU. Itulah hakikat yang terpaksa aku tanggung, aku pikul untuk hadapi hari Keramat yang akan mendatang tanpa kita semua jangka.
Apa pun anjakan 31 ini aku akan teruskan berusaha untuk merubah kehidupan ku ini agar menjadi lebih baik, lebih sempurna. Aku harap aku tak akan lalai untuk terus beribadat kepadaNya. Doa adalah senjata orang-orang mukmin. Aku akan terus berdoa dan akan terus berusaha agar aku menjadi yang terbaik dunia dan akhirat. InsyaAllah.....
Lastly....... Selamat Hari Kelahiran Mohamad Ridzuan bin Razali. Kejadian yang patut disyukuri setiap masa. Terima kasih.
Salam Sayang untuk semua.....

1 ulasan:

  1. Blom trlmbt tuk prbtulkn ksilapn..pglman mmpu mnjadikn kite lbh baik insyaAllah..

    BalasPadam