Nuffnang Ads

Khamis, 16 Februari 2012

Assalamualaikum Selamat malam kepada semua. Alhamdulillah aku dah pun buat beberapa perubahan dalam blog aku ni. Aku pun ada tambah sikit mungkin banyak la kot entry aku ni.
Aku buat sikit demi sikit. Tengok dan cilok sikit-sikit blog orang lain mana yang aku rasa aku nak selitkan dalam blog aku ni. Aku tak pandai tapi aku belajar mana yang aku tak tau. Tapi masih banyak lagi aku kena belajar lagi. Aku tak mahu ketinggalan jauh setiap peredaran zaman ni. Aku tahu aku kena bersaing dengan budak-budak muda sekarang ni. Namun aku akan pastikan aku mampu buat yang terbaik dalam hidup aku.
Aku minat sangat dengan grafik ni. Macam yang aku katakan dalam entry sebelum ni yang aku minat grafik design dan fotografi. Namun masih banyak kengkangan yang harus aku hadapi. Dari segi masa dan kewangan. Kalau boleh aku nak jadikan ia satu bentuk bisnes walaupunaku tak tau urs takbir dalam perniagaan. Kalau aku betul-betul buat, InsyaAllah aku pasti berjaya. Cuma yang aku perlukan adalah semangat dan sokongan dari sekeliling. Orang lain boleh berjaya kenapa tidak aku kan? Aku nak berjaya dalam bidang yang aku ceburi ni. Aku minat aku kena buat.
Apa pun blog aku ni still lagi dalam peringkat beginner. Aku bukan lah pandai sangat tapi aku nak belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Blog ni pun jadi medan untuk aku luahkan sedikit perasaan yang aku ingin kongsi bersama. Aku tau yang blog aku ni tak ramai yang tau dan tak ramai yang baca. Tapi sekurang-kurangnya aku luahkan kat sini dengan cara aku sendiri. Dan aku berharap ada yang sudi membaca dan memberi komen serta cadangan dalam blog aku ni.
Blog aku ni berkisar tentang Seni dan Rekaan. Harap ada yang sudi berminat dan beri pendapat. Mungkin ada yang tak suka apa yang ada dalam blog aku ni. dengan apa yang aku luahkan ni. Tapi aku harap aku dapat cari kenalan baru. Tak kira muda atau tua. Yang seusia dengan aku mahupun yang masih muda ataupun yang dah jauh umurnya dari aku. Ada aku kesah! Janji aku dapat kenalan baru
Ok la! Aku pun tak la pandai nak bersembang panjang. Yang aku tau mereka dan mencipta sesuatu yang baru bagi diri aku sendiri. Harap ada sesuatu yang baru dapat aku rekakan demi kepuasan aku sendiri mahupun kepuasan kamu semua. Aku pun tak sempurna mana.
Worait aku undur diri dulu buat seketika. Jika ada umur panjang kita borak lagi di sini (kot ada yang sudi). Aku akhiri dengan Assalamualaikum dan selamat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan