Nuffnang Ads

Rabu, 15 Ogos 2012

1100D... Suka-suka

Assalamualaikum Salam Sejahtera.
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan tinggalkan bulan barakkah ni. Sayu pula hati ni nak ucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Tapi perjalanan Ramadhan ku kali ni tak secantik yang ku harapkan. Masih banyak lagi aku tertinggal tak dapat nak merebut keberkatan bulan ini. Ku berharapp dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah
Sebenarnya aku bukanlah nak coret pasal Ramadhan ni. Aku dah pun citer serba sikit pasal Ramadhan ni. Apa yang aku nak citerkan adalah pasal aku baru aje memiliki kamera baru jenama Canon 1100D awal Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah. Walaupun kamera ni tak lah sehebat 60D, 650D dan sealirannya, namun aku bersyukur dapat jugak aku miliki kamera DSLR dengan duit hasil titik peluh ku sendiri walaupun terpaksa ambil masa untuk aku kumpulkan duit. Banyak rintangan sebelum aku dapat miliki kamera ni.
Dah lama aku ingin nak beli kamera DSLR ni. tapi masalah kewangan membelenggu aku selama ni. Maklum la sebelum ni aku adalah penganggur yang berjaya. Asyik bertukar kerja. Sampaikan simpanan aku pun habis. Teruk betul aku pada masa dulu. Harap aku tak mengulanginya lagi.
Ok lah cakap banyak pun tak guna, tendang pun tak kena, aku lampirkan sikit apa yang aku dah buat dengan kamera aku tu. Aku pun nak juga asah skill photography aku yang dah lama terpendam. Aku nak buat apa yang dah aku pelajari dulu.(harap tak berkarat la otak aku ni). Buat permulaan aku ambil gambar sekitar Bandar diRaja Perak Kuala Kangsar(my hometown). Tapi tak banyak la. Sekadar untuk practising camera dulu dari jauh. InsyaAllah lepas raya ni aku akan ambil gambar yang lebih menarik sekitar Royal Town ni dari sudut perspektif aku. Aku harap aku mampu buat yang terbaik. Enjoy!

Ini adalah gambar micro pertama aku. Cuba dapatkan zooming terbaik untuk fokus pada bunga sebagai subject fokus



Gambar-gambar di atas adalah gambar Istana Iskandariah. Masih lagi cuba untuk dapatkan view yang terbaik tapi kengkangan lens yang terhad hanya dari jauh je yang aku dapat (lens 18-55mm) just basic lens.

Ini adalah Istana Kuning. Juga dikenali sebagai Istana Lembah (ada juga nama lain istana ni). Tapi la ni dah jadi Muzium DiRaja. Waktu ni muzium tutup. Tak dapat aku nak masuk lebih dekat. Sekadar ambil gambar dari luar pagar je. Memang unik dan cantik. Aku akan dapatkan view yang lebih menarik lagi nanti.




Dan yang terakhir, gambar Masjid yang terkenal ( memang korang kenal lah) Masjid Ubudiah. Masjid ni memang cukup cantik dari segi senibina nya dan view. Walaupun dari jauh nampak besar tapi ruangan dalaman nya kecil saja. Hanya boleh menampung seramai 200-300 jemaah saja. Apapun masjid ni jadi pelopor kepada senibina masjid-masjid di Malaysia la ni. 2 gambar lagi adalah Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan Sayong di seberang sungai Perak dan gambar air pancut di tengah bandar Diraja ni.
Tapi agak kurang memberangsangkan setiap gambar yang aku ambil. Pada waktu ni jerebu kuat melanda. Agak kurang menarik cuaca pada waktu itu. Harap lepas ni cuaca bertambah baik.
Worait! Lepas ni aku nak try ambil gambar modeling. Ada sapa-sapa yang sudi jadi model aku? hehehe...
Assalamualaikum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan