Nuffnang Ads

Khamis, 30 Ogos 2012

Langkah 55


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan kita untuk kali yang ke 55. Usia yang dah menganjak lebih setengah abad namun masih terasa negaraku ini masih muda dan terus bergerak kedepan seiring dengan arus masa yang semakin pantas.
Alhamdulillah. Negaraku masih lagi bernafas mengikut arus dunia yang makin mencabar. Namun dengan izinNYA dan ketabahan serta keikhlasan dalam hadapi semua ini, pemimpin dan rakyat seiring membangun demi melihat keamanan terus berkekalan. Tapi mampukah kita kekalkan keamanan ini agar berterusan sampai akhir hayat?
Walaupun sudah 55tahun boleh dikira sudah mematangkan sesebuah negara, mampukah kita mematangkan rakyatnya? Kita hidup dalam pelbagai kaum. Pelbagai ragam dapat kita lihat dari muda ke tua, dari kecil hingga dewasa, lelaki mahupun wanita. Masih ada lagi rakyat yang tak mematangkan diri mereka dalam merencanakan kehidupan ini. Masih lagi berlagak dengan apa yang mereka miliki. Aku pun tak tahu apa yang mereka mahukan lagi. Tak cukup lagikah dengan apa yang mereka kecapi?
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hari ini. Jika tak dapat, kita mampu untuk bertatih perlahan untuk miliki sesuatu. Bukan kah kita bermula dari bawah? Kita manusia tak kan terus berlari bila dilahirkan. Perlahan-lahan lah kita kecapi nikmat yang telah Tuhan kurniakan.

Aku tak mampu nak berkata panjang. Penat pulak aku nak menaip ni. Nak bercerita pasal sejarah, berapa kerat sangat lah budak-budak nak ingat pasal sejarah dulu. Sememangnya subjek sejarah bukanlah subjek pendidikan yang disukai walaupun perjalanan hidup kita ni telah dicatatkan tanpa kita sedari. Aku minat dengan subjek sejarah walaupun nak ingat setiap fakta, tarikh, tempat dan individu cukup payah. Alhamdulillah aku lulus gak dalam exam dulu. 
Nak bercerita pasal kemerdekaan ni pun aku ingat berapa kerat sangat lah yang sudi nak bacanya. Tiap-tiap hari di TV, radio, internet bercerita pasal sejarah negara. Tak payah lah aku nak ulang tayang balik macam siaran astro pulak kan. Buat penat aku nak menaipnya. Apapun hargailah dengan apa yang kita kecapi. Syukurilah pemberian Tuhan atas segala limpah kurniaanNya. Redha dengan setiap musibah yang melanda. Berterima kasihlah pada kerajaan yang ada masa kini. Jangan sesekali kita dijajah semula tanpa kita sedari. Mungkin bukan dari luaran. Mungkin kita sedang dijajah dari dalam diri kita sendiri. Jangan terlalu taksub untuk memenuhi tuntutan nafsu diri. Merdekakan jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan. InsyaAllah kita akan jadi insan dan rakyat yang berjaya. "Marilah Menuju Kejayaan"
Salam Kemerdekaan ke 55 Malaysiaku. 
Apapun slogan yang digunakan. Malaysia tetap Tanah Tumpah Darahku.
Assalamualaikum
MERDEKA.....MERDEKA.....MERDEKA.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan