Nuffnang Ads

Isnin, 21 Februari 2011

Cer citer....

Assalamualaikum....
Wah! Aku tak mau citer panjang lebor sebab aku tau korang pun dah tgk citer bro Mamat Khalid ni. Penangan dia pd kali ni memang mengena. Tahniah.
Kenapa aku nk buat review citer ni? Walhal dah lama keluar pun. Dah abis pun. Cuma kt Astro je masih lg ditayangkan (belum lg yg cetak rompak lg tu)
Sebenarnya aku belum lg berkesempatan tgk citer ni. Memang nk sgt tgk betapa kelakor nye citer ni. Walaupun orang lain anggap citer ni merapu je tapi aku anggap ni lah citer yg menggambarkan betapa majmuknye negara kita dgn pelbagai elemen tempatan yg buatkn kita semua gelak ketawa. Walaupun aku belum tgk, tp bila tgk previewnya buatkan aku rasa ni lah karya terbaik Bro Mamat. Lagipun citer ni buat kt tempat lahir aku kt Kuala Kangsor. Tak ke bangga teman gitu.
Apa pendapat korang tentang citer ni? Cer citer... cer citer.... Wah! dari dialog gitu. Tapi dgn dialog yg simple tu lah buatkan citer ni bertambah menarik. Tak payah nk buat ayat-ayat skema, penuh puitis. Lagipun, ia menggambarkan ciri-ciri tempatan yg sentiasa melekat di hati. Memang citer ni penuh keseraman komedi. Pandai bro mainkan sentimen perasan setiap orang.
Walaupun bro Mamat Khalid dah banyak hasilkan filem, tp kebanyakan nya gagal mencapai tahap 'kotak pejabat'. Sebab apa? Sebab orang masih belum mengenali bro Mamat dgn lebih dekat. Semua filem nya kira bagus. Penuh mesej dan pesanan. Kadang-kadang ada jugak terselit kata-kata sinis dan pedas dgn cara yg mudah. Tapi sayang. Tak ramai orang ambil iktibar. Malah menganggap semua citer tu merapu. Tak ada komersial dan value.
Tapi kali ni, walaupun merapu jugak, HKLBR telah beri satu dimensi baru pd karya beliau. Malah mencatatkan kutipan tertinggi bagi filem melayu kita. Walaupun mengenengahkan watak hantu dlm citer ni, tapi mesej yg nak disampaikan cukup menebal. Sapa yg makan cili, pandai-pandai la terasanya yer.. Unsur-unsur pun  nasihat memang ada. Jangan la kita asyik nk cari kesalahan orang tapi diri sendiri tak pandai pulak nak ukur kan. So, gitulah citer HKLBR ni. Terpulang lah pada kita yg tengoknya. Pandai-pandai la kita ambil iktibar dan nasihat dlm citer ni atau hanya tengok sekadar untuk bergelak ketawa.Tepuk dada, rasalah sakit ke tak. Aku kt sini pun kadang-kadang terasa gak tempiasnya.
HKLBR.....
Citer yg penuh suspens dan komedi. Dan di khabarkan akan ada sekual citer ni yg kini sedang menjalani pengambaran kt Perak (kt tempat teman lg tu) Glamor orang Kuale gitu. Bagus jugak citer-citer macam ni. Menaikkan jenama satu-satu tempat. So, orang luar boleh tau setiap tutur kata dan resam masyarakat tempatan. Sampaikan setiap dialog boleh dihafal. Jadi kelakor pulak rasanya. Sama-sama lah kita nengoknye nt yer.. Harap lepas ni bertambah kelakor hendaknye yer. Elemen tempatan memang mengena.
Ok lah. Aku tak nak citer panjang lg sebab aku tahu korang dah pun tgk HKLBR ni. Dah meletup pun. Kita tunggu aje lah sambungan citer ni nt. Apapun yg baik kita jadikan teladan. Yg buruk, kita fikir-fikirlah untuk mengubahnya. Semoga rezeki kita bertambah berkat.
Jom kita layan sikit citer HKLBR ni sambil kita layan video klip awie, Cinta Kristal. MEMANCOOORRR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan