Nuffnang Ads

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Mauldur Rasul

Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Hari ni hari kita menyambut sambutan kelahiran Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk menyambut tarikh keramat ini. Rasul yg kita sayangi dan kasihi ini. Walaupun Baginda telah lama wafat meninggalkan kita semua namun, al Quran dan Sunnah Baginda menjadi satu wasiat yg penting yg ditinggalkan untuk kita umat Baginda yg di kasihi.
Namun berapa ramai kah kita yg mengingati hari kelahiran Baginda? Berapa ramai kah yg mengingati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syariat Islam ini? Kenalkah kita dengan Baginda Rasulullah?
Aku tahu masih ramai kita semua yg masih lg tak mengenali Rasul Junjungan kita ini. Terutama nya generasi muda zaman ini yg masih ramai lg jauh mengenali Rasulullah. Ramai yg mengingati tarikh hari ini tapi masih ada lg yg bertanya apa yg berlaku pd hari ini? Apa yg mereka tahu, mereka lihat ramai orang berarak, memakai pakaian yg indah sambil membawa sepanduk sambil berselawat memuji Baginda. Namun apa yg mereka lihat tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Malah ada yg tidak mahu mengambil peduli apa yg sedang berlaku. Apa yg penting bg mereka adalah hiburan yg melekakan dan melalaikan.
Aku...? Aku bukan lah seorang alim ulamak yg pandai berhujah dalam agama ni. Aku pun masih lg terkial-kial dalam membentuk sahsiah diriku ni. Kadang-kadang hidup aku ni pun terbabas dalam duniawi ini. Aku bukan lah pandai bersyarah dalam hal agama ni tapi terdetik jua dalam hati aku ingin berubah agar aku tidak jauh terpesong. Sememangnya hiburan yg berlebihan membuatkan kita semua lalai dalam tanggungjawab kita terhadap suruhanNYA. Harap aku tidak tergolong dalam mereka yg jauh terpesong dari akidah.
Setiap kali tiba hari yg istimewa ni, terdetk dalam hatiku rasa sayu dan hiba kerana tak mengenali Rasulullah dengan lebih dekat. Banyak sunah Rasul yg tak dapat aku ikuti walaupun kadang-kadang aku ingin jua mengikuti setiap langkah Baginda. Namun masih banyak lagi liku-liku hidup yg terpaksa aku tempuh selagi Allah mengizinkan aku untuk aku terus bernafas di atas muka bumi ini. Sesungguhnya kita bersyukur kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan yg sementara ini. Dikesempatan ini aku berharap dapat mengenali dan menyayangi Rasulullah lebih dari segala yg ada.
Berselawat lah kita ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat Baginda. Harap pada hari ini kita dapat mengenali Rasulullah dengan lebih dekat lag. Wapaupun kita tak pernah melihat wajah Rasulullah, tapi Sunnah yg ditinggalkan Baginda untuk kita menjadi pegangan, untuk dibawa ke akhirat nanti. Sama-sama lah kita menghayati kehidupan dan perjuangan Rasulullah.
Di sini aku noktahkan catatan ku. Aku pun tak pandai sangat nak berbicara panjang lebar tentang perjuangan Rasulullah. Takut nanti aku memutarbelitkan fakta yg sebenar. Aku takut balasan dari yang Maha Esa. Jika tak tahu, kita bertanya. Jangan sampai kita sesat jauh dari kebenaran.
Marilah kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah dengan rasa penuh kesyukuran.
Ku akhiri dengan Assalamualaikum......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan